Friday, June 13, 2008

Pulau Batu Puteh

Antara banyak-banyak batu di Malaysia ini, batu ini lah yang paling mahal harganya kepada rakyat Malaysia. Keputusan Mahkamah Antarabangsa di The Hague, Belanda baru-baru ini amatlah mengecewakan kebanyakan rakyat Malaysia. Kita kehilangan sebahagian daripada negara kita tetapi apa yang lebih penting... kita kehilangan maruah kita.

Terdapat seorang Menteri yang kurang pandai mengatakan "it is a win-win situation for both countries". What a crap. Kita kehilangan sesuatu yang sepatutnya milik kita. Dekat mana dia belajar it is a win-win situation amatlah boleh dipertikaikan. Kenyataan yang diberi oleh mamat Rais Yatim tersebut hanyalah satu cubaan untuk memperbodohkan rakyat Malaysia di mata rakyat Malaysia sendiri. Kesedaran tentang mempertahankan sesuatu yang merupakan hak kita semenjak azali lagi hendaklah ditanamkan ke hati sanubari setiap insan yang bernama RAKYAT MALAYSIA.

Semejak akhir-akhir ini kita dibelenggu dengan berbagai masalah yang mempunyai hubung kait secara langsung dengan kehidupan kita. Kerajaan telah mencuba berbagi cara untuk mengaburi mata kita di dalam menyembunyikan banyak hakikat mengenai kesalahan yang telah mereka lakukan. Pihak pembangkang juga tidak kurang cerdiknya dengan menggunakan segala kesilapan ini untuk menghentam kerajaan. Pembangkang akan tetap sentiasa membangkang tanpa sebarang memberikan penyelesaian kepada masalah kehidupan kita ini.

Maruah kita yang sebenarnya tercalar dengan keputusan yang dibuat pada hari tersebut. Pada sesetengah rakyat Malaysia maruah yang tercalar apa lah sangat harganya tetapi pada sesetengah yang lain maruah yang tercalar amatlah penting hakikatnya. Saya yang sebelum ini kerap melawat Singapura tidak lagi melawat Singapura semenjak si Pak Lah menjadi Perdana Menteri dan berbaik dengan Singapura. Dengan keputusan Pulau Batu Puteh ini saya mungkin akan mencuba cara Mahsuri.... mengharamkan 7 keturunan saya menjejakkan kaki ke Singapura.

Pihak kerajaan haruslah ingat bahawa mereka adalah sebenarnya pelindung kepada kedaulatan negara ini termasuk segala wilayah dibawah jajahan Kerajaan Malaysia. Diharapkan peristiwa Pulau Batu Puteh akan menjadi pengajaran kepada mereka agar kita tidak lagi kehilangan sebuah pulau ..... Pulau Pisang.

1 Comments:

At 8:23 PM, Anonymous Anonymous said...

..biase le tu, ayat "win-win situation" tu memang ayat standard untuk sorok kelemahan mereka2 yang kite gelar 'pemimpin' ni. Terkejut juga bile dengar news, antara sebab Singapore dpt Pulau Batu Putih adalah sbb "setelah 100 tahun, Malaysia tidak buat ape2 dengan pulau tu". Jadi, selama ni pemimpin2 buat ape? Tengok je 'batu' tu dari jauh sambil nyanyi 'tulis nama atas batu..?".

 

Post a Comment

<< Home